Membilang…

Semakin dekat dah nak pilihanraya. Mungkin hari ini, DS Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

Setelah puas memberikan khidmat baktinya untuk seluruh rakyat Malaysia, maka malam tadi DS Najib telah membentangkan hasil kerja beliau sepanjang perkhidmatannya sebagai PM. Wajar benarlah rakyat keseluruhan memberikan penilaian mereka kepada pencapaian PM dan BN secara umumnya kepada segala transformasi yang telah dijalankan. Serai percaya selain pembentangan hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh PM, ada banyak lagi yang belum sempat dilakukan. Makmal PEMANDU masih banyak lagi yang belum mencapai objektif eksperimentasinya. Teruskan tradisi membela rakyat.

Namun apa yang nak Serai katakan disini bukanlah dari aspek tarikh pilihanraya yang akan dijalankan pada bila-bila masa mulai hari ini. Serai cuba mengira-ngira beberapa perkiraan berkaitan kerusi parlimen dalam PRU13 ini dan mungkin perkara ini agak menarik untuk diperkatakan.

Jumlah kerusi parlimen

222 kerusi parlimen yang akan dipertandingkan dalam PRU13. Barang diingat bahawa tidak ada persempadanan semula kawasan pilihanraya berbanding dengan PRU12. Kedudukan tidak majoriti 2/3 dalam PRU12 lalu bagi kerajaan yang memerintah telah tidak memungkinkan wujudnya kawasan parlimen baru atau pecahan daripada kawasan parlimen sediada meskipun bagi sesetengah kawasan pilihanraya, jumlah pengundi amat tinggi sehingga melebihi 100K pengundi.

Majoriti mudah

Mana-mana parti yang memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen akan dapat membentuk kerajaan. (*nota – separuh bilangan kerusi adalah 111)

Majoriti 2/3

Mana-mana parti yang dapat memenangi sekurang-kurangnya 148 kerusi daripada 222 kerusi parlimen akan dapat membentuk kerajaan dengan kuasa majoriti. Ini jumlah yang menjadi impian parti-parti politik yang bertanding di Malaysia.

Kerusi majoriti Melayu/bumiputera

Terdapat 153 kawasan piliharaya merupakan kawasan mengundi majoriti Melayu. Sekiranya ditambah dengan kawasan majoriti bumiputera (bukan Melayu) terutamanya di Sabah dan Sarawak, ini akan membawa kepada 163 kawasan pilihanraya.

Mungkin pihak BN perlu memikirkan bagaimana strategi agar kawasan majoriti ini dapat dikuasai sepenuhnya seterusnya memberikan kelebihan kepada BN untuk terus survive dalam pilihanraya.

Kerusi majoriti kaum India

0 jumlah kawasan parlimen majoriti kaum India. Apa maknanya data ini. Kalau diikut-ikutkan tidak ada wakil yang layak menjadi ahli parlimen dalam kalangan kaum India. Tetapi apa yang berlaku selepas PRU 12 adalah berbelas kerusi parlimen yang dimenangi oleh kaum India.

BN patut memenangi melebihi 2/3 kerusi parlimen

Ini penting untuk BN terus menerajui kerajaan. Dengan UMNO adalah parti paling dominan dalam BN dan satu-satunya parti tunggal yang mewakili orang Melayu. Kalau anda pernah mendengar ABU (asal bukan UMNO), ini adalah perkiraan parti-parti pembangkang. Tidak pernah pula mendengan mereka dengan slogan asal bukan BN.

Perkiraan pembangkang adalah sekiranya mereka berjaya mengalahkan UMNO dalam PRU bermakna tiada lagi suara Melayu dalam parti memerintah aka BN. Slogan-slogan ini amat seronok didendangkan oleh orang bukan Melayu untuk melemahkan Melayu, namun barang diingat ramai juga orang Melayu yang tidak menyedari agenda dan propaganda bangsa bukan Melayu untuk menguasai dan mendominasi kuasa eksekutif di Malaysia.

Undi BN,

Pangkah BN

Pastikan BN menguasai 2/3 dengan dominasi UMNO.

Advertisements
By serai paya Posted in Umum